PKR-PPBM Johor berebut kerusi?

PKR-PPBM Johor berebut kerusi?

Pakatan Harapan (PH) Johor mungkin berdepan situasi sulit bagi memuktamadkan pembahagian kerusi dikalangan parti komponennya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ini berikutan pertindihan tuntutan kerusi diantara PKR dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) bagi dua kawasan parlimen iaitu Sri Gading dan Pengerang.



Pengerusi PKR Johor Hassan Abdul Karim berkata bahawa kedua-dua kerusi tersebut merupakan kerusi yang ditandingi PKR dalam PRU13 dan partinya berhasrat mahu sekali lagi meletakkan calonnya di kerusi tersebut dalam pilihan raya akan datang.

Hassan bagaimanapun berkata ini tertakluk keputusan mesyuarat PH di peringkat negeri dan pusat.

“Saya ingin menyatakan setakat ini tidak ada perbincangan mengenai pembahagian kerusi-kerusi pikihan raya diantara PKR dan Pribumi di peringkat negeri Johor.

“Begitu juga masih belum ada perbincangan atau mesyuarat mengenai pembahagian kerusi di Johor oleh empat buah parti dalam PH di Johor iaitu PKR, DAP, Amanah dan Pribumi,” katanya.

Hassan juga berkata beliau telah menulis secara rasmi kepada semua pengerusi parti komponen PH di Johor pada 23 Julai lalu bagi menyegerakan mesyuarat pembahagian kerusi bagi memudahkan gerak kerja pilihan raya setiap parti.

Beliau turut menganggap kenyataan Pribumi yang menuntut kedua-dua kerusi tersebut yang dilaporkan media adakah kenyataan satu pihak sahaja.

“Dalam semangat kerjasama muafakat dalam PH, saya berharap pengumuman sepihak seperti ini tidak berlaku lagi,” katanya, sambil menambah bahawa keputusan dalam hal ini hanya boleh dibuat secara konsensus.

Hassan mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Pribumi Johor Datuk Osman Sapian semalam yang menyatakan parti tersebut mahu bertanding di empat kerusi parlimen termasuk Pagoh dan Mersing.

Osman berkata keempat-empat kerusi tersebut belum dituntut oleh rakan-rakan parti komponen PH.

(Visited 117 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.