PAC tidak akan buka lagi siasatan 1MDB

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak akan membuka semula siasatan terhadap skandal kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata siasatan mengenai 1MDB sudah dibentangkan di Dewan Rakyat dan kini terpulang kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan.

“1MDB sudah dibentangkan di Parlimen, terpulang kepada Kerajaan Persekutuan untuk ambil sebarang tindakan. PAC tidak akan buka lagi siasatan,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Hasan berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan saman sivil terbaru Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap 1MDB.

(Visited 53 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com