PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

MP DAP cadang usul tergempar terhadap Zahid

Seorang ahli Parlimen DAP mencadangkan usul tergempar terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di atas tindakannya mendedahkan data peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dianggap menyalahi Akta Perlindungan Data Peribadi.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata data-data peribadi warganegara Malaysia tidak sepatutnya dipersendakan atau dizahirkan kepada umum.

Malah, tindakan tersebut amat tidak beretika dan tidak wajar dilakukan oleh seorang menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.

http://www.kinitv.com/video/50813O74 – Zahid: Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty

Semalam, Ahmad Zahid ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya semalam mengungkit sejarah keturunan Mahathir dengan menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.

Bagaimanapun, dalam membuat kenyataan itu, Zahid berkata beliau tidak membuat serangan peribadi dan menegaskan secara “kebetulan” beliau adalah menteri dalam negeri ketika menerima maklumat itu.

(Visited 59 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66