Kerajaan Johor berhasrat naik taraf MASRAH jadi KU – @KhaledNordin

Kerajaan Johor berhasrat naik taraf MASRAH jadi KU

Kerajaan negeri Johor mempunyai hasrat untuk menaik taraf Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) kepada sebuah kolej universiti.

Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau berhasrat menjadikan MARSAH mempunyai pengkhususan dalam pendidikan serta latihan guru-guru serta ahli akademik jurusan agama pada masa akan datang.

“Walaubagamaipun kita tidak boleh terburu-buru. Jadi, bagi menilai dan meneliti potensi serta keampuhan idea ini, kita telah melantik pakar runding untuk membuat penyelidikan dan laporan lengkap berhubung masa depan dan keperluan menaik taraf MARSAH menjadi kolej universiti,” kata Mohamed Khaled di Majlis Konvokesyen MARSAH ke-17 di Dewab Besar Pusat Islam Iskandar Johor hari ini.

“Dalam sedikit masa nanti, apabila laporan dan kajian semakan ini siap, saya pasti akan kongsikan dengan semua akan dapatan serta saranan yang diperolehi,” tambahnya lagi.

Beliau turut berkata MARSAH turut boleh dijadikan institut melatih pendidik dalam bidang agama.

Mohamed berkata keperibadian bangsa di Johor semakin menurun ekoran kurangnya suri teladan yang baik.

Beliau berkata walaupun Nabi Muhammad SAW merupakan contoh teladan buat bangsa, namun konteks dan cabaran hari ini berbeza.

Mohamed Khaled berkata generasi hari ini lebih dekat dengan media sosial dari mengikuti teladan para sahabat Rasulullah yang membuatkan golongan muda semakin jauh dari Islam.

“Maka kerana itulah hari ini saya ingin mengingatkan semua para graduan. Bahawa dengan ilmu yang ada pada kalian, ilmu yang bersandarkan wahyu, ilmu yang bersandarkan tauhid. Kalian harus berperanan lebih besar untuk membangunkan bangsa dan umat Islam di Johor dan Malaysia ini.

“Kalian harus menjadi benteng moral Johor yang berkemajuan. Kalian harus menjadi pendiri karakter Johor yang berkemajuan,” katanya.

Beliau turut menyeru graduan dan masyarakat untuk membangunkan karakter bangsa.

Yang hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Datuk Mohamed bin Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah MARSAH Sdn Bhd dan Mufti Johor Datuk M. Tahrir Shamsuddin.

(Visited 90 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66