Bila tangkap orang semua ‘Mahafiraun’ tangkap, cerita Najib

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan pimpinan kerajaan pada hari ini lebih demokratik daripada zaman 22 tahun pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikenali sebagai ‘diktator’.

Walaupun tidak menamakan pemimpin tersebut, Najib berkata di bawah pimpinannya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimansuhkan, dan tiada siapa pemimpin yang menjadi mangsanya.

“Sampai bila tangkap orang semua dia tangkap. Masuk ISA, Kit Siang, Anwar Ibrahim, Zambry.

“Saya ni siapa yang masuk ISA bawah saya? Tak ada sebab ISA pun tak ada. Saya dah mansuhkan ISA.

“Kita ini lebih demokratik lebih terbuka daripada orang yang menuduh kita hari ini,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Parit hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak merangkap Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan anggota Parlimen Parit Datuk Mohd Zaim Abu Hasan.

(Visited 60 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66