Belum lagi meninggal, LHDN arah waris ‘si mati’ jelas cukai

Seorang polis bantuan terkejut apabila menerima surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menyatakan dia sudah meninggal dunia.

Harian Metro melaporkan surat itu turut meminta lelaki berkenaan, Amran Mohamed, yang berusia 45 tahun, menjelaskan baki hutang sebanyak RM1,728.50 kepada agensi tersebut.

Amran yang berasal dari Paka, Dungun, Terengganu itu berkata surat bertarikh 25 Julai itu diterima isterinya, semalam.

Jelasnya, surat itu ditandatangani oleh pegawai Unit Pungutan LHDN Terengganu dan meminta isterinya menjelaskan baki hutang yang tertunggak.

Kata Amran, beliau tidak pernah mengabaikan soal bayaran cukai pendapatan apabila majikannya memotong cukai itu setiap bulan kepada LHDN.

Bagaimanapun, beliau tidak membuat laporan polis kerana menganggap ia satu kesilapan dilakukan LHDN.

Sementara di Facebook, Amran menuntut LHDN memohon maaf secara terbuka kepadanya.

PERKEMBANGAN TERKINI:

Dalam satu kenyataan, LHDN memohon maaf dan mengakui berlaku kesilapan data borang dan kecuian dalam menentukan status pembayar cukai.

LHDN berkata surat permohonan maaf akan dihantar kepada pembayar cukai tersebut dan tindakan yang bersesuaian juga akan diambil bagi mengelakkan kesilapan sebegini tidak akan berulang pada masa depan.

(Visited 58 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66