Aktivis lancarkan ugutan terhadap Sultan Johor

Aktivis lancarkan ugutan terhadap Sultan Johor

Bekas tahanan Akta Hasutan, Ali Abd Jalil, mengugut untuk ‘mendedahkan rahsia’ pemerintah Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Aktivis tersebut yang kini berpengkalan di Sweden sejak 2014 membuat ugutan demikian melalui kemaskini Facebook terbaru beliau yang dimuat naik semalam.

Dalam kemaskini tersebut, Ali berkata beliau akan mengeluarkan “sesuatu yang menggemparkan Malaysia”.

“….kami mulakan pelancaran di europe (Eropah), bila spark disini maka ia akan merebak ke asia seterusnya Malaysia,” tulis Ali.

Beliau juga meminta semua pihak untuk menyalahkan dirinya mengenai ‘karya’ yang akan dibuatnya itu sambil turut dilihat seolah-olah memberi amaran kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bersiap sedia untuk “terkenal seantero dunia”.

Ali bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut tentang rahsia yang akan diberikannya dan hanya berkata ia akan disiapkan sama ada tahun ini ataupun tahun hadapan.

Beliau turut mencabar Sultan Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang keatasnya di Sweden.

Pada Januari 2014, Ali dituduh menghasut dan menghina Kesultanan Johor melalui laman Facebook ini melalui akaun Rejimen Anarki.

Ali yang melarikan diri ke Sweden pada Oktober 2014 dan turut dilaporkan telahpun menerima kad suaka politik yang menjamin perlindungan daripada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan Perjanjian Dublin, dan tidak lagi tertakluk di bawah undang-undang Malaysia.

(Visited 1799 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.