“Saya tahu. Saya memang tahu”

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui beliau mengetahui kandungan laporan tiga pihak berkuasa negara ini dalam siasatan mereka terhadap 1MDB.

Katanya, laporan disediakan Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara berkenaan ada dalam pengetahuannya.

“Saya tahu. Saya memang tahu,” katanya dalam blog beliau hari ini.

Menurut Dr Mahathir, Tan Sri Abdul Gani Patail – yang ketika itu masih berkhidmat sebagai peguam negara – menunjukkan laporan Bank Negara kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau masih menjadi timbalan perdana menteri.

Muhyiddin pula, katanya, sering menyebut mengenai laporan yang ditunjuk kepadanya oleh Abdul Gani itu sebelum beliau dipecat.

“Dan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), termasuk saya, telah bincang (mengenai) laporan-laporan ini.

“Sebab itu saya tahu,” katanya.

Justeru Dr Mahathir yang kini menjadi pengerusi BERSATU dan Pakatan Harapan (HARAPAN) mencabar Tan Sri Mohamed Apandi Ali – yang menggantikan Abdul Gani – bersumpah.

(Visited 64 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66