Rakyat Malaysia dikecualikan Cukai Pelancongan – Nazri

Rakyat Malaysia dikecualikan daripada membayar cukai pelancongan bagi semua jenis hotel dan premis penginapan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata sebaliknya, cukai berkenaan akan dikenakan terhadap pelancong asing yang tinggal di semua jenis premis penginapan pada kadar RM10 bagi setiap bilik satu malam.

Mohamed Nazri berkata langkah itu adalah tanda keprihatinan kerajaan terhadap suara rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana, selain merancakkan lagi pelancongan domestik.

Beliau menjawab pertanyaan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) mengenai status terkini pelaksanaan cukai pelancongan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Mohamed Nazri berkata hanya pelancong domestik yang tinggal di penginapan empat bintang dan ke atas akan dikenakan cukai pelancongan, manakala tiada bayaran cukai pelancongan terhadap penginapan tiga bintang ke bawah.

(Visited 21 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66