Johor catat kes rogol kanak-kanak paling tinggi – Rohani

Sebanyak 13,272 kes rogol direkodkan bagi tempoh 2010 sehingga Mei 2017 dengan Johor mencatatkan kes tertinggi pada 2,089 kes.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor merupakan negeri paling tinggi mencatat kes luar tabii iaitu 235 kes daripada 1,152 kes dan kes cabul iaitu 1,052 kes daripada 6,014 kes.

Manakala Sabah pula mencatat bilangan tertinggi kes sumbang mahram iaitu 263 kes daripada 1,796 kes.

Kata Rohani, bagi kes penderaan fizikal pula dicatatkan sebanyak 2,244 kes.

“Kebanyakan pelaku bagi kes dia atas aadalah lelaki dan mangsa adalah perempuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Rohani menjawab soalan yang diajukan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mengenai statistik kes penderaan seksual kanak-kanak.

(Visited 67 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66