Muhyiddin tegur Pemuda Umno, “Patut gentleman sikitlah”

ARMADA BERSATU tidak sepatutnya dihalang ketika menghantar jemputan kepada Presiden Umno semalam, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Presiden BERSATU itu, rombongan berkenaan hanya mahu menghantar jemputan itu kepada Datuk Seri Najib Razak dan ia berbentuk cabaran, bukan ugutan.

Justeru kata Muhyiddin kumpulan Pemuda Umno yang menyekat lalaun Pemuda BERSATU itu sepatutnya bersikap budiman (gentleman).

“Sepatutnya atas dasar kita berhasrat untuk menjemput (Najib) ke sesuatu majlis itu, tidak harus disekat. Mereka ini pemuda harapan bangsa, mereka harus bersikap terbuka.

“(Pemuda Umno sepatutnya) menganggap ini sebagai satu cabaran. Bagilah ruang kepada mereka nak serah (jemputan).

“Saya tak fikir itu (boleh) dianggap sebagai satu ugutan. (Pemuda Umno) patut gentleman sikitlah,” katanya pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.

http://www.kinitv.com/video/50635O74 – “Kau nak tampar aku?” ARMADA-Umno hampir bertumbuk di PWTC

Semalam, hasrat Pemuda BERSATU menghantar jemputan kepada Najib bagi menghadiri program Nothing to Hide 2.0 tidak kesampaian apabila suasana betukar kecoh kerana dihalang Pemuda Umno.

Pemuda BERSATU mulanya berarak dari pusat beli-belah Sunway Putra menuju Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum dihalang ratusan Pemuda Umno sehingga berlakunya tolak-menolak.

Dr Mahathir sebelum ini mempelawa Najib untuk hadir ke program Nothing to Hide 2.0 yang dijadual diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 13 Ogos depan.

Pada program berkenaan, Dr Mahathir berhasrat untuk mengajukan pelbagai soalan berhubung dakwaan wang derma RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi kepada Najib.

Nothing To Hide asalnya adalah program dianjurkan untuk Najib bagi membolehkan beliau berinteraksi dengan orang ramai mengenai isu 1MDB pada 5 Jun 2015.

(Visited 53 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66