Namakan syarikat yang satukan daging halal dan tidak halal, gesa Perkasa

Namakan syarikat yang satukan daging halal dan tidak halal, gesa Perkasa

Nuh Ikhwan

Perkasa Johor mahu pihak berkuasa menamakan syarikat yang mengimport daging kambing dan daging babi dalam kontena yang sama yang disita di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) minggu lalu.

NGO tersebut turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara ini dengan terperinci termasuk menyiasat agensi-agensi kerajaan serta semua pihak yang terlibat.

Ini kerana perkara ini telah menimbulkan kemusykilan dikalangan pengguna Muslim terutamanya di Johor Baru tentang status daging import di pasaran.

“Satu tindakan tegas mesti diambil terhadap syarikat yang mengimport daging tersebut,” kata Yang Dipertua Perkasa Johor Mohd Ghauth Yussuf.

Selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Perkasa turut menggesa SPRM untuk menyiasat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang masing-masing bertanggungjawab menggeluarkan sijil halal dan permit import kepada syarikat bertanggungjawab tersebut.

“Nama syarikat tersebut juga harus dinamakan di dalam media tempatan,” ujarnya.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) minggu lalu menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing yang dibawa masuk dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), semalam.

Serbuan yang turut mendapat kerjasama daripada PTP itu, selain maklumat awam sejak 31 Mei lalu, mendapati bekalan daging bernilai kira-kira RM2 juta dengan anggaran 120 tan itu disusun secara bercampur yang diletakkan dalam empat kontena sejuk beku, menyebabkan pergerakan kontena terbabit disekat keluar daripada kawasan pelabuhan.

(Visited 63 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com