Kompleks Perubatan Pakar bakal dibangunkan di Bandar Baru Uda – @KhaledNordin

Kompleks Perubatan Pakar bakal dibangunkan di Bandar Baru Uda

Sebuah Kompleks Perubatan Pakar bakal didirikan di atas tanah wakaf di Bandar Baru Uda melalui kerjasama pintar antara Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan Kencana Healthcare Sdn Bhd.

Projek tersebut akan dibangunkan di atas tanah wakaf seluas 5.5 ekar di Jalan Tahana, yang bakal menelan belanja RM300 juta dan dijangka siap pada tahun 2020.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata hayat rakyat Malaysia yang meningkat kepada sekitar 75 tahun bermakna kos perubatan dan penjagaan kesihatan semakin meningkat.

“Jadi tidak pelik kalau kita perhatikan, bahawa peruntukan perbelanjaan kesihatan dan perubatan di Malaysia adalah antara peratusan perbelanjaan terbesar kerajaan.

“Perkara ini, jika berterusan, pastilah akan memberi kesan kepada kemampuan kerajaan untuk menguruskannya secara mapan,” Mohamed Khaled berkata dalam majlis pecah tanah projek tersebut di Bandar Baru Uda, hari ini.

Justeru, Mohamed Khaled berkata instrumen wakaf boleh digunakan untuk membangunkan kemudahan kesihatan dan perubatan masyarakat.

“Waqaflah jalan keluar terbaik. Waqaflah yang menjadi instrumen yang mengimbangkan antara ketidakmampuan kerajaan dalam aspek dana serta peluang masyarakat untuk menyumbang.

“Maka, era dan tamadun Islam dahulu menyaksikan banyak institusi kesihatan seperti klinik, hospital, dan hospital-hospital di universiti ditubuh dan diuruskan menggunakan pembiayaan secara waqaf,” kata beliau.

Beliau turut memperingatkan masyarakat supaya menghargai harta yang diwaqafkan untuk kegunaan masyarakat “sebagai satu penghormatan dan rasa terima kasih kepada para pemberinya.”

Beliau turut mengalu-alukan rakyat Johor yang mahu mewakafkan aset mereka supaya berhubung dengan kerajaan negeri dan berjanji yang aset tersebut akan digunakan untuk manfaat masyarakat dengan bantuan rakan strategik kerajaan negeri.

“Saya harap azam dan hasrat saya untuk membudayakan waqaf di Johor ini disambut oleh seluruh Johor. Tidak kiralah siapapun kita dan apa pun kedudukan kita.

“Sedarlah, waqaf ini adalah pelaburan akhirat. Pelaburan yang harus kita rebut dengan penuh rasa rendah diri, rasa ikhlas, rasa pengharapan.”

(Visited 90 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66