Kit Siang Jangan Lari!

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dicabar untuk mempertahankan kerusi parlimen Gelang Patah yang dimenanginya pada pilihan raya umum yang lalu.

Cabaran itu dibuat sendiri oleh Ketua Bahagian UMNO Gelang Patah Mohammad Khairi A Malik yang berkata Barisan Nasional (BN) mahu menumpaskan Kit Siang di kawasan beliau tersebut.

“Kita yakin untuk menang semula kerusi parlimen Gelang Patah sebab kita (UMNO) dah bekerja keras membantu orang-orang Melayu dan MCA pula sudah kenalpasti pengundi putih disini.

“Jadi kita harap Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah kerana kita nak kalahkan dia. Kita dah buat persiapan dan bersedia hadapi pikihan raya,” katanya selepas menghadiri satu program parti disini semalam.

Beliau, yang juga merupakan setiausaha politik menteri besar Johor berkata BN turut berkeyakinan mengekalkan kerusi dewan undangan negeri (Dun) Nusajaya.

“Kita akan cuba di Skudai tapi sasaran kita ialah pertahankan kerusi Nusajaya dan menang kembali kerusi Gelang Patah. Kalau menang kerusi Skudai itu merupakan satu bonus,” katanya lagi.

Kit Siang sebelum ini diwar-warkan mungkin akan bertanding di kawasan parlimen lain dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Namun beliau berkata Gelang Patah merupakan pilihan utamanya jika beliau akan bertanding dalam PRU14 nanti.

Ahli parlimen veteran tersebut mempunyai pengalaman memenangi beberapa kerusi parimen di negeri berlainan sepanjang kariernya sebagai ahli politik.

(Visited 107 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66