PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Zahid: Kerajaan cadang bina rumah di kawasan kumbahan

Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan membina kira-kira 500,000 unit rumah di kawasan kumbahan yang akan dibangunkan semula di seluruh negara antara lima hingga 10 tahun akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pembangunan semula kawasan itu mengambil kira banyak tanah yang tidak diguna pakai di kawasan kumbahan dan penggunaan teknologi  baharu yang membolehkan kawasan kumbahan memerlukan tapak yang kecil sahaja.

Beliau berkata ia akan dilaksanakan menerusi kerjasama pintar antara Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dengan sebuah syarikat swasta.

Kerajaan, katanya, pada dasarnya bersetuju dengan pembangunan berkenaan dan ia akan diperincikan lagi sebelum keputusan muktamad dibuat.

“Mungkin antara lima hingga 10 peratus daripada kawasan asal digunakan untuk kumbahan manakala selebihnya 90 hingga 95 peratus digunakan untuk membina rumah,” katanya semasa berucap pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-20 SPNB dan majlis Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Ahmad Zahid berkata sebelum ini kawasan kumbahan memerlukan kawasan yang besar tetapi dengan menggunakan teknologi baharu, kini hanya kawasan kecil sahaja diperlukan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Perumahan berkata pembangunan sedemikian kemungkinan boleh dilaksanakan terutamanya di kawasan-kawasan bandar yang menghadapi masalah kekurangan tanah untuk tujuan pembangunan.

(Visited 48 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66