PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Sokongan penjawat awam: Lim dakwa Najib ‘bersiul dalam gelap’

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpura-pura yakin tentang prospeknya pada pilihan raya umum akan datang.

Mengulas laporan berita bahawa Najib memberitahu ketua-ketua bahagian Umno malam tadi bahawa majoriti 1.6 juta penjawat awam kini kembali menyokong BN.

“Bila dan berapa lama Najib dan kerajaan BN kehilangan sokongan majoriti 1.6 juta penjawat awam?” soal Lim dalam satu kenyataan.

Dia juga mendakwa bahawa perdana menteri “bersiul dalam gelap” atas tiga sebab.

“Najib telah kehilangan sokongan majoriti orang Melayu di negara ini. Najib kehilangan sokongan majoriti 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

“Tidak pernah dalam sejarah Umno, presidennya seperti Najib kehilangan sokongan sebahagian besar anggota Umno – dan kita bercakap tentang 3.5 juta ahli Umno,” katanya dalam satu kenyataan.

Lim mendakwa bahawa Najib tidak akan dapat meraih sokongan daripada ketiga-tiga sektor ini dengan mengarahkan pembantunya untuk melancarkan serangan peribadi dan murahan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Pakatan Harapan.

Pemimpin DAP itu merujuk kepada kenyataan Setiausaha Akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang mendakwa bahawa walaupun Mahathir adalah pengerusi HARAPAN dan menganggap dirinya sebagai ‘top dog’ dalam gabungan itu, DAP dan Lim yang sebenarnya berkuasa.

Menurut Tengku Sariffuddin, ini kerana DAP mempunyai bilangan paling banyak kerusi parlimen berbanding tiga parti lain dalam gabungan itu.

(Visited 54 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66