‘Pengundi lebih risau kos hidup dari isu 1MDB’

Pengundi lima kali lebih risau mengenai kos sara hidup berbanding skandal rasuah seperti 1MDB, menurut kajiselidik dijalankan oleh NGO Invoke yang dikaitkan dengan PKR.

Dalam satu tinjauan, 47.7 peratus kaum Melayu, 29.1 peratus kaum Cina dan 47.6 peratus kaum India bimbang tentang kos sara hidup dan kesan akibat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Di samping itu, 10.4 peratus kaum Melayu, 4.9 peratus kaum Cina, dan 6.6 peratus kaum India juga menyatakan kebimbangan mengenai peluang pekerjaan dan gaji.

Sementara itu, ekonomi adalah punca kebimbangan bagi 4 peratus kaum Melayu, 16.5 peratus kaum Cina dan 8.9 peratus kaum India.

Sebagai perbandingan, rasuah dan skandal hanya menimbulkan kebimbangan bagi 13.6 peratus orang Melayu, 15.1 peratus orang Cina dan 9.9 peratus orang India.

Seramai 17,107 responden menerima kaji selidik Invoke, yang mana 69 peratus adalah kaum Melayu, 20 peratus kaum Cina, 6 peratus Bumiputera Sabah dan Sarawak dan 5 peratus kaum India.

Jawapan bagi Bumiputera Sabah dan Sarawak ditambahkan bersama dengan responden Melayu.

Tinjauan ini dijalankan dari 5 Jun hingga 14 Julai.

Walaupun 1MDB menyebabkan kebimbangan yang rendah berbanding kos sara hidup, salah satu daripada soalan kaji selidik itu menunjukkan hubungan antara kedua-duanya.

Responden ditanya sama ada mereka terpaksa membayar GST untuk menutup kerugian kerajaan akibat skandal seperti 1MDB.

Sebanyak 64 peratus kaum India, 59 peratus (Melayu) dan 50 peratus (Cina) bersetuju ketika menjawab soalan ini.

Berdasarkan penemuan kajian, Rafizi berkata pembangkang perlu melakukan lebih banyak usaha untuk menangani dan memberikan penyelesaian kepada kebimbangan ekonomi dan tidak hanya memberi tumpuan kepada skandal 1MDB.

Naib Presiden PKR itu memberi amaran bahawa BN mempunyai kelebihan dalam menangani isu-isu ini melalui belanjawan seterusnya dengan menurunkan GST atau memberikan barangan kepada pengundi.

(Visited 45 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com