Speaker parlimen dituduh makan rasuah

Badan antirasuah Indonesia menamakan speaker parlimen republik itu, Setya Novanto sebagai suspek dalam kes rasuah besar-besaran.

Menurut jurucakap Komisi Pemberantasan Korupsi, Febri Diansyah, Novanto disyaki “secara haram memperkayakan orang lain dan dirinya sendiri” dalam projek kad pengenalan elektronik bernilai AS$440 juta.

Suruhanjaya itu mendakwa kerajaan Indonesia rugi 2.3 trilion rupiah akibat amalan itu.

Novanto juga berkhidmat sebagai pengerusi parti Golkar, yang menganggotai gabungan parti pemerintah, dan sekutu Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi.

Dua orang pegawai Kementerian Dalam Negeri dan seorang ahli perniagaan juga sedang dibicarakan susulan kes sama.

Lebih 30 anggota parlimen daripada tahun 2004 hingga 2009 dan seorang bekas menteri kementerian itu juga dikaitkan dengan kes itu.

(Visited 36 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com