Saya ‘top dog’ HARAPAN, kata Tun M

Dr Mahathir Mohamad percaya kedudukan beliau secara “tidak rasmi” sama seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya salah seorang pemimpin (dalam HARAPAN). Sebagai pengerusi saya akan pengerusikan majlis presiden.

“Dalam hierarki HARAPAN, sayalah top dog (pemimpin dominan),” kata Mahathir dalam sidang media di Putrajaya hari ni.

Minggu lalu, Mahathir diumumkan sebagai pengerusi HARAPAN sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ketua umum.

Datuk Seri Wan Azizah Ismauil pula menjadi presiden gabungan empat parti itu.

Ditanya sama ada tidak ada kuasa yang sama antara ketiga-tiga pemimpin itu, Mahathir berkata negara ini tidak boleh ada tiga orang perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu hanya retorik dan dia tidak bermaksud beliau menjadi calon perdana menteri.

(Visited 73 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com