‘Saya terima India Muslim sebagai Bumiputera’

Kerajaan akan mengkaji secara mendalam untuk menerima tuntutan komuniti India Muslim untuk diiktirafkan sebagai Bumiputera.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata soal bagaimana ia dilaksanakan memerlukan kajian lebih mendalam sama ada dari segi pentadbiran atau perwartaan.

“Saya mendengar tuntutan yang dibuat oleh Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM) Dhajudeen Shahul Hameed dan saya menerima bahawa India Muslim adalah sebagai Bumiputera,” katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama badan bukan kerajaan (NGO) India Muslim Semalaysia, malam tadi.

Najib yang juga Menteri Kewangan turut menerima pandangan Dhajudeen untuk mendirikan satu pusat komuniti India Muslim agar wakil-wakil masyarakat itu dapat berunding dengan beliau mengenai apa jua perkara.

PERMIM menuntut tiga perkara iaitu mewartakan komuniti itu sebagai Bumiputera, mendirikan satu mercu tanda India Muslim di Kuala Lumpur atau Putrajaya, serta melantik seorang pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri bagi mengelolakan hal ehwal kira-kira satu juta komuniti India Muslim di negara ini.

(Visited 70 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com