Resepi Bihun Soto | Seminit Resepi

Resepi Bihun Soto

Bihun Soto

Resepi Bihun Soto ini sesuai dihidang semasa rumah terbuka, tambah lagi dengan sambal kicap.. perghh

Penaja Bihun Soto
Lazz Susu Kambing telah menaja Bihun Soto pada kali ini, anda boleh intai website mereka di http://lazzsusukambing.com.

Bahan-bahan

Bahan kisar

5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
Bahan lain

1/2 kg daging
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 buah pelaga
1 1/2 sudu rempah sup
1/2 sudu rempah ketumbar
Kiub ayam
Bahan begedil

4 biji kentang
2 biji telur
Daun sup
Daun bawang
Saleri
Bawang goreng
Gula
Garam
Sedikit tepung
Cara Membuat

Langkah 1
Tumis rempah kasar sehingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak

Langkah 2
Masukkan rempah sup dan ketumbar, kemudian masukkan sedikit air. Tumis hingga naik bau

Langkah 3
Masukkan daging dan stok ayam. Rebus hingga daging empuk. Masukkan kiub ayam dan perasakan dengan garam

Langkah 4
Kuah soto sedia dihidang bersama meehoon atau pun ketupat.

Langkah 5
Untuk buat begedil, kentang haruslah direbus empuk terlebih dahulu

Langkah 6
Lenyekkan kentang dan masukkan telur, daun sup, daun bawang, saleri, bawang goreng, garam dan gula.

Langkah 7
Goreng begedil dengan menggunakan minyak panas. Sedia dihidang bersama soto

(Visited 187 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com