India batalkan pasport Zakir Naik

India membatalkan pasport pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik setelah beiau berulang kali mengabaikan permintaan untuk hadir ke Badan Penyiasatan Kebangsaan India.

Menurut Times of India, Kementerian Hal Ehwal Luar India bertindak atas permintaan badan penyiasat itu, yang meneliti Zakir atas dakwaan keganasan dan pengubahan wang haram.

Pendakwah itu yang terkenal sebagai penceramah di stesen televisyen, dituduh menyebarkan kebencian, membiayai pengganas dan pengubahan wang haram.

Beliau diharamkan oleh negara-negara seperti Kanada dan United Kingdom, tetapi dialu-alukan oleh banyak negara Islam termasuk Malaysia yang memberikannya taraf penduduk tetap.

Zakir melarikan diri dari India pada Julai 2016 selepas pengganas di Bangladesh mendakwa mereka mendapat inspirasi daripada ucapannya mengenai jihad.

Hingga kini tidak diketahui di mana Zakir berada.

Bagaimanapun, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, beliau dilihat memberikan temuramah dan mengadakan sidang akhbar melalui Skype dari Arab Saudi.

Zakir juga mendakwa beliau ditawarkan kewarganegaraan daripada sekurang-kurangnya 10 negara, tetapi belum lagi menerima tawaran berkenaan.

(Visited 44 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com