Felda sokong cadangan FGV ambil pekerja ladang Bangladesh

Felda menyokong cadangan Felda Global Ventures Bhd (FGV) untuk mengambil 7,000 hingga 8,000 pekerja asing warga Bangladesh bagi mengatasi masalah kerugian RM2 juta setiap hari ekoran kekurangan pekerja mengumpul hasil sawit.

Pengerusi Felda  Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini berkata Felda sebagai pemegang saham dalam FGV  menyokong  pengurusan FGV untuk menambah baik, meningkatkan kecekapan dan keuntungan FGV.

“Eksport komoditi memberi kesan kepada golongan yang terlibat secara langsung dalam industri seperti pekebun kecil dan syarikat ladang. 

Sektor komoditi ialah sesuatu yang penting bagi rakyat apatah lagi peneroka yang terlibat dalam industri sawit,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan pemangku Pengerusi FGV Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob baru-baru ini bahawa operasi besar-besaran pendatang asing tanpa izin (PATI) menyebabkan Felda kerugian RM2 juta setiap hari kerana kekurangan pekerja mengumpul hasil kelapa sawit.

Sulaiman dilaporkan berkata cadangan pengambilan pekerja Bangladesh itu adalah kerana berbanding negara lain, Bangladesh mampu membekalkan lebih ramai pekerja dan proses dokumentasi lebih mudah.

(Visited 46 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com