‘Dia boleh sindir apa pun tapi jawab dulu isu 1MDB’

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah mengecam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tindakannya mempersendakan Langkah Kajang pada 10 Julai lalu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan Najib tetap perlu menjawab tuduhan skandal 1MDB yang dikaitkan dengannya.

“Dia boleh sindir apa pun, (tetapi) kita nak (Najib) kata jawab 1MDB. Ayuh beritahu kami,” katanya.

Menggunakan Twitter, Najib memuat naik gambar papan tanda stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kajang.

Imej itu diiringi kata-kata: “The real Kajang Move. Coming to you in seven days” (Langkah Kajang sebenar. Akan datang kepada anda dalam 7 hari).

Langkah Kajang merujuk kepada tindakan PKR mengadakan pilihan raya kecil di Kajang dalam usaha mereka meletakkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor dan mengetepikan Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2014.

Walaupun perdana menteri tidak menyebut sebarang nama, pengguna media sosial memahami ia adalah sindiran kepada Anwar – yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh – dan isterinya, Dr Wan Azizah.

Ditanya sama ada PKR perlu meminta maaf atas insiden Langkah Kajang itu Dr Wan Azizah berkata apa yang berlaku sudah berlalu.

“Mengapa saya perlu (meminta maaf)?” katanya.

(Visited 43 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com