Azmin dakwa Umno rampas pelancaran MRT

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menuduh Umno cuba merampas pelancaran fasa kedua Laluan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) untuk tujuan politik.

“Maklumat yang kita dapat Umno cuba hijack (rampas) program MRT untuk dijadikan program Umno.

“Kita tidak benarkan program dan projek kerajaan bertukar menjadi program parti,” katanya kepada wartawan di Kajang hari ini.

Semalam, ketika merasmikan fasa kedua MRT laluan SBK Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan semua penumpang yang menggunakan perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT) dan Monorel akan menikmati potongan sebanyak 50 peratus.

Diskaun 50 peratus bersempena sambutan Hari Kebangsaan itu yang bermula hari ini akan berakhir hingga 31 Ogos.

Majlis pelancaran besar-besaran semalam dihadiri sebahagian besar menteri kabinet dan ada yang menganggap projek MRT itu kejayaan besar kerajaan dalam usaha berterusan untuk memajukan dan menambah baik rangkaian pengangkutan awam.

Bagi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar projek MRT yang siap dilaksanakan itu sebagai suatu hadiah untuk rakyat, terutama di Selangor.

Namun, beliau melahirkan rasa kesalnya dan mendakwa bahawa kerajaan negeri menghalang penjawat awam dari menghadiri acara berkenaan.

Mengulas dakwaan itu, Azmin menafikannya.

“Tidak benar, ini program kerajaan.”

(Visited 71 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.