PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

‘Angan-angan semata’

Hasrat Pakatan Harapan untuk bertapak di Felda adalah angan-angan semata.

Dalam satu kenyataan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata angan-angan itu tidak akan menjadi kenyataan kerana para pengundi Felda mempunyai kepercayaan yang besar terhadap parti Umno-BN untuk menjaga kebaikan mereka.

Salleh berkata, ini kerana jasa parti pemerintah yang ditunjangi oleh Umno yang memberi bantuan kewangan dan subsidi, bonus tahunan, menjaga kebajikan mereka, dan pelbagai bantuan lain.

Menurutnya, warga Felda menyedari bahawa memberi sokongan kepada Pakatan Harapan boleh menjejaskan masa depan mereka.

Salleh berkata, Felda sangat disayangi orang Melayu kerana kejayaannya memajukan orang Melayu dan mengubah taraf hidup golongan Melayu miskin di luar bandar.

(Visited 43 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66