Tiada kompromi dalam undang-undang, kata Timbalan Menteri Pengangkutan @AKaprawi

Tiada kompromi dalam undang-undang, kata Timbalan Menteri Pengangkutan

Denda terhadap Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob membuktikan kerajaan tiada unsur kompromi dalam pelaksanaan undang-undang.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata perkara ini menunjukkan kerajaan bersikap adil kepada semua pihak dan akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

“Kerajaan mengamalkan dasar telus, siapa yang melanggar peraturan dia berhadapan tindakan undang-undang.

<script async src=”//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js”></script>
<!– kotakkanan1 –>
<ins class=”adsbygoogle”
style=”display:block”
data-ad-client=”ca-pub-2124380554500161″
data-ad-slot=”7840573536″
data-ad-format=”auto”></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>

“Perkara ini seiring dengan hasrat kerajaan mengurangkan yang mahu mengurangkan kes kemalangan dan kerajaan serius serta berlaku adil pada semua,” katanya dalam sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Yusoff semalam didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya di atas kesalahan memandu di lorong kecemasan.

Yusoff tidak hadir ke mahkamah semalam namun diwakili pegawai khasnya. Beliau mengaku bersalah diatas kesalahan berkenaan.

Beliau membuat kesalahan demikian pada 7 Oktober tahun lalu.

(Visited 105 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com