‘Terima kasihlah’ Najib, kata Nurul Izzah

Pakatan Harapan (HARAPAN) mampu melaksanakan projek MRT dengan lingkaran yang jauh lebih besar menggunakan kos yang rendah.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyelar sikap ‘mendabik dada’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan projek MRT adalah ‘hadiah’ untuk rakyat.

Nurul Izzah berkata demikian dalam ceramah Perdana Pakatan Harapan di IIDCC Shah Alam malam tadi.

Semalma, Najib dalam ucapannya berkata, secara keseluruhannya projek MRT Laluan SBK berjaya disiapkan dengan kos sebanyak RM21 bilion.

“Kos asal pembinaannya ialah RM23 bilion namun pelaksanaannya dapat disiapkan dengan kos hanya RM21 bilion, kita dapat jimat RM2 bilion.

“Ini kejayaan yang boleh dibanggakan,” katanya ketika berucap di majlis perasmian MRT Laluan SBK di Stesen Tun Razak Exchange, di Kuala Lumpur.

(Visited 61 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com