PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Biar Najib, Rosmah ‘enjoy’ dulu naik MRT – Rafizi

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata beliau kini hanya memerhatikan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang berseronok menaiki Transit Aliran Massa (MRT).

Rafizi berkata beliau kini memberi peluang untuk kedua pasangan itu untuk berseronok terlebih dahulu sebelum membuat pendedahan terbaru mengenai dakwaan MRT dan Prasarana mempunyai kaitan dengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) minggu hadapan.

“Kasi can (peluang) lah kat dia, sebab dia tiap-tiap minggu menangis mata bengkak, minggu ini bagilah Najib dan Rosmah naiklah MRT tu puas-puas.

“Sebabnya minggu depan saya nak cerita MRT pun terpalit dengan 1MBD juga, minggu ini bagi dia enjoy dulu sebab minggu depan dia akan demam sebab soal MRT, Prasarana pun terpalit dengan 1MBD,” katanya dalam ceramah Perdana Pakatan Harapan di IIDCC Shah Alam malam tadi.

Rafizi berkata pendedahan yang akan dilakukan tersebut bagi menjawab sindiran langkah Kajang dengan mengaitkannya dengan projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang.

Menerusi satu tulisan berserta gambar di Twitter, kapsyen Najib berbunyi “The real Kajang Move. Coming to you in seven days” (Langkah Kajang sebenar. Akan datang kepada anda dalam 7 hari).

“Dia (Najib) kata ini langkah Kajang sebenar, ada orang tanya YB tak nak jawab ke, saya kata tak apa, kita kasi dia enjoy dulu seminggu,” katanya.

Najib semalam merasmikan aliran MRT Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51 kilometer yang menelan kos RM21 bilion dengan jangkaan ia dapat dimanfaatkan oleh 400,000 penumpang setiap hari.

(Visited 54 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66