Anwar gesa RCI tidak menjadi alat serang Tun M

Anwar gesa RCI tidak menjadi alat serang Tun M

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 90-an tidak digunakan untuk menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Peringatan saya agar jangan ia dijadikan momok politik untuk menyerang musuh tertentu, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya akan memberikan semua fakta secara telus tetapi tidak akan diheret untuk diperalatkan dalam gelanggang politik,” Anwar yang juga bekas ketua pembangkang berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut bersedia memberikan kerjasama penuh kepada RCI tersebut dan turut mengalu-alukan kesedian kerajaan menubuhkannya.

<script async src=”//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js”></script>
<!– kotakkanan1 –>
<ins class=”adsbygoogle”
style=”display:block”
data-ad-client=”ca-pub-2124380554500161″
data-ad-slot=”7840573536″
data-ad-format=”auto”></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>

“Selaku Menteri Kewangan yang meredakan masalah tersebut dan menerima perletakan jawatan pegawai yang bertanggungjawab iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop serta Gabenor Bank Negara pada ketika itu, Tan Sri Jaafar Hussein, saya akan memberikan kerjasama penuh kepada RCI ini,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong ke-XV, Sultan Muhammad V memperkenankan penubuhan RCI tersebut yang dipengerusikan Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkuat kuasa Sabtu lalu.

Selain Mohd Sidek, RCI tersebut juga dianggotai oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon, Ahli Ins­titut Akauntan Malaysia, Ahli Ins­titut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta bekas rakan kongsi firma Ernst & Young K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail yang akan bertindak selaku setiausaha.

Tempoh tiga bulan diberikan kepada suruhanjaya tersebut untuk menyelesaikan siasatannya.

(Visited 52 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66