SPRM bawa tiga kotak dokumen dari Balai Felda

Selepas hampir lapan jam melakukan siasatan di pejabat Felda Investment Corporation (FIC), lapan pegawai Suruhanjaya Pengecahan Rasuah Malaysia (SPRM) beredar dari Balai Felda di Jalan Gurney dengan membawa bersama tiga kota berwarna kuning dan dua beg bagasi.

Dokumen yang dirampas dipercayai berkaitan dengan FIC, yang juga sebuah anak syarikat FELDA, berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh FIC antara tahun 2013 dan 2015.

Mereka yang hadir pada 10.20 pagi itu beredar sekitar 5.45 petang.

Pada 14 Julai lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan siasatan awal, FIC dipercayai membeli hotel itu pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

Katanya, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian hotel itu.

Sementara itu, FIC dalam satu kenyataan mengesahkan kehadiran lapan pegawai SPRM ke pejabatnya untuk menyiasat pembelian hotel di London.

Katanya, FIC memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan oleh pihak SPRM.

(Visited 46 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66