‘Pemandu teksi macam anak angkat saya’

Kerajaan akan memperkenalkan langkah baru bagi membela nasib pemandu teksi tradisional, kata Datuk Seri Nazri Aziz hari ini.

Menurut menteri pelancongan dan kebudayaan itu cadangan akan dikemukakan supaya pemandu teksi tradisional terbabit menjadi pemandu pelancong selepas menjalani kursus tertentu dengan kementerian berkenaan.

Mengakui sayang dan dekat dengan pemandu teksi tradisional, Nazri berkata langkah itu boleh membantu mereka kerana ada pelancong yang berminat menyewa perkhidmatan berkenaan untuk tempoh yang panjang.

“Teksi tradisional macam saya punya anak angkat.

“Saya tak bersimpati kepada mereka dan aya mesti membantu perkhidmatan teksi tradisional supaya mereka dapat bersaing menjadi lebih baik daripada perkhidmatan Uber,” katanya kepada media hari ini.

(Visited 37 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.