MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS – DATUK MOHD KAMARUDIN GANTI DATUK MOHD ZAKARIA [17 JULAI 2017]

Bekas Timbalan Pengarah, Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din dilantik Timbalan Ketua Polis Johor.
Beliau dinaikkan pangkat sebagai DCP, mengambil alih tugas Datuk Mohd Zakaria Ahmad. Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis serah terima tugas yang disaksikan Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, IPK, Johor. Beliau telah berkhidmat bersama Polis DiRaja Malaysia, PDRM kira-kira 30 tahun dengan menjawat pelbagai jawatan di peringkat Kontinjen dan Bukit Aman. Sementara itu, Datuk Mohd Zakaria Ahmad pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkuatkuasa 1 Ogos ini. Beliau berkhidmat di IPK Johor lebih setahun bermula 3 Mei 2016.

(Visited 82 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com