Hasrat Jamal nak jadi Ketua Pemuda Umno, ini kata Nazri

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz melihat Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai calon yang baik untuk jawatan Ketua Pemuda Umno.

Ini, kata beliau, sekiranya Khairy Jamaluddin, ketua pemuda Umno sekarang tidak berhasrat untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan Umno akan datang.

“Mengapa tidak, jika Khairy tidak lagi mahu jawatan sebagai ketua Pemuda, Jamal boleh bertanding, apa masalahnya? Saya rasa dia calon yang baik.

“Jika dia datang berjumpa, saya akan menyokongnya, tetapi dia tidak datang berjumpa dengan saya, itu adalah okay, itu hak dia,” katanya pada satu sidang akhbar.

“Dia ahli DAP? Bukan. Kalau dia ahli Umno, okay,” katanya.

Jamal dilapor meluahkan hasrat untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno bagi menggantikan Khairy Jamaluddin jika jawatan itu kosong selepas pilihan raya umum depan.

(Visited 79 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com