PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

TUNKU TUN AMINAH MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN 14 OGOS

TUNKU TUN AMINAH MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN 14 OGOS

YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dennis Muhammad Bin Abdullah di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada 14 Ogos 2017 ini.

“DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah telah memberi perkenan dan restu untuk Tunku Tun Aminah melangsungkan perkahwinannya,” kata Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Dalam satu sidang media di Bukit Timbalan hari ini (16 Julai), beliau berkata istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi di Istana Bukit Serene, diikuti dengan istiadat nikah.

Tuanku Sultan berkenan mewakilkan Mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Muhammad Tahril Bin Dato’ Shamsudin sebagai wali.

“Istiadat perkahwinan pasangan Pengantin DiRaja ini akan dilaksanakan dengan penuh istiadat Melayu dan budaya Istana Johor,” kata Datuk Rahim.

Beliau berkata istiadat persandingan akan diadakan di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru disebelah malam pada hari yang sama.

Dennis, seorang warganegara Belanda memeluk agama Islam pada 31 Mei 2015.

(Visited 260 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66