Logo HARAPAN seperti Star Trek? Ini jawapan Wan Azizah

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berpendapat tiada apa yang salah bagi netizen yang menyamakan logo baru gabungan itu dengan logo Star Trek.

Beliau berkata, terdapat persamaan logo gabungan itu dengan logo Star Trek seperti slogan siri sains fiksyen berkenaan yang bermaksud “Berani ke tempat yang tidak pernah dijejaki manusia”.

“Ia agak seperti itu (tagline) kerana tak ada siapa yang pernah mengalahkan BN,” katanya kepada pemberita semasa majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kajang hari ini.

Diminta mengulas mengenai respons terhadap logo baru itu, beliau menjelaskan mereka sebenarnya memilih reka bentuk tersebut kerana ia melambangkan “harapan yang menggunung”.

(Visited 74 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com