Beraya bersama aset perang @HishammuddinH20

Beraya bersama aset perang

Bukan sekadar menjamu selera, pengunjung Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidil Fitri 2017 tahun ini yang juga dapat menyaksikan aset-aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ini merupakan keunikan yang ditawarkan MRTM yang menyaksikan buat julung kalinya majlis tersebut dianjurkan bersama oleh dua kementerian, iaitu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kementerian Pertahanan.

ATM akan terlibat secara besar-besaran sepanjang tiga hari majlis ini berlangsung hingga Ahad ini, yang dihoskan Parlimen Sembrong, menurut ahli parlimen kawasan tersebut yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Bentuk pengisian yang dilaksanakan ATM termasuklah mengadakan Promosi Dan Pameran, Demontrasi Masakan Di Medan, Projek Jiwa Murni Dan Persembahan Kesenian Dan Kebudayaan,” katanya.

Antara aset yang dipamerkan termasuklah dua unit helicopter dan beberapa kenderaan berperisai serta senjata-senjata kegunaan anggota ATM.




ATM juga akan mengadakan demonstrasi ikhtiar hidup bagi memberi gambaran lebih dekat kepada masyarakat akan perkara yang dilalui oleh para prajurit negara dalam operasi menjejak musuh, jelas Hishammuddin yang juga merupakan menteri tugas-tugas khas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor akan menyertai majlis pada malam ini di kemuncak program bagi merasmikan Majlis Tanda Pelancaran Bersama.

Antara pimpinan lain yang dijangka hadir termasuklah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan isteri dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz dan isteri.

Hishammuddin berharap perkongsian dapat membuka mata masyarakat tentang jasa dan pengorbanan anggota ATM bagi memastikan keamanan dan kedaulatan negara terus terpelihara.

Beliau turut bersyukur Parlimen Sembrong diberi peluang menjadi tuan rumah MRTM Aidil Fitri 2017 kerana ia memberi peluang kawasan tersebut menonjolkan keunikannya.

“Terutamanya dalam konteks pecahan penduduk di Sembrong yang hampir sama dengan pecahan kaum di Malaysia.

Yang lebih istimewa,kepelbagaian itulah yang menjadi kekuatan di Sembrong selama ini. Masyarakat di sini bukan sahaja hidup aman damai tetapi juga saling menghormati antara satu sama lain sejak dulu lagi,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia ke majlis ini yang berlangsung di Stadium Mini Taman Lambak, Kluang.

(Visited 44 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66