DYMM RAJA ZARITH SOFIAH MERAIKAN AIDILFITRI BERSAMA PERSATUAN CEREBRAL PALSY JOHOR

RAJA ZARITH GESA LINDUNGI INSAN KURANG UPAYA

DYMM Tuanku Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah menggesa Persatuan Celebral Palsy (PCPJ) mewujudkan satu polisi perlindungan bagi menangani isu penderaan seksual agar hak-hak insan kurang upaya dilindungi.
Baginda bertitah, petugas yang dipertanggungjawab menguruskan kebajikan insan-insan ini harus berjaga-jaga dan peka dalam hal ini.
“Secara langsung, saya ingin PCPJ mengambil bahagian dalam usaha Kempen TinDAK (Kempen Tindak Demi Anak Kita),” titah Baginda semasa Majlis Sambutan Aidilfitri persatuan itu di Johor Bahru hari ini (12 Julai).
Kempen TinDAK yang dilancarkan oleh Raja Zarith Sofiah pada bulan Mei lalu adalah sebuah kempen pencegahan penderaan seksual kanak-kanak yang meliputi usaha mencegah, mengelak dan membanteras kanak-kanak daripada menjadi mangsa penderaan seksual.

#sultanjohor
#royalpressoffice

Music by: Upbeat Instrumental Work Music | Background Happy Energetic Relaxing Music for Working Fast & Focus

(Visited 49 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66