‘Taktikal’ kepala botak JDT curi tumpuan

Kemenangan JDT ke atas Pahang malam tadi sekaligus menempatkan diri sembilan mata jauh di persada liga sudah diketahui umum.

Namun di sebalik perlawanan tersebut ada perkara yang mencuri tumpuan peminat bola sepak adalah gaya rambut kesemua pemain JDT yang ‘berkepala botak’

Apakah yang cuba ditampilkan oleh para pemain JDT dengan gaya rambut ‘botak’ mereka?

Ada yang kata, ini tanda solidariti terhadap pemilik kelab Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membantu Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Sebelum ini TMJ mengadakan satu perlawanan amal bola sepak Tunku Laksamana Johor antara pasukan pilihan baginda menentang pasukan Pilihan Alistair Edwards.

Di mana matlamat perlawanan amal ini adalah untuk mengumpul dana yang kemudiannya akan disalurkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Pada perlawanan ini TMJ turut membotakkan kepalanya, yang kita ketahui membotakkan kepala adalah tanda solidariti kepada pesakit kanser.

Betul atau tidak masih belum ada kenyataan rasmi tentang perkara ini, tapi yang pasti gelagat pemain JDT dengan gaya ‘kepala botak’ membuatkan cerita kanser dan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor turut menjadi bualan para peminat bola sepak negara.

(Visited 182 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66