‘Saya dah buat U-turn lama sebelum perjanjian sokong Anwar’

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau sudah lama membuat pusingan U sebelum perjanjian menyokong pengampunan Diraja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pencalonannya sebagai perdana menteri.

Dalam catatan blog terbaru, kata Mahathir, beliau membuat pusingan-U apabila Datuk Seri Najib Razak sendiri yang membuat pusungan-U terhadap Umno.

Mahathir memberi contoh mengenai dakwaan isu RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi, antara sebab beliau hilang kepercayaan kepada Najib dan berpaling daripada Umno.

Mahathir juga mendapati terdapat persamaan dengan parti-parti pembangkang yang menentang Umno dan BN.

Ini menyebabkan Anwar boleh bekerjasama setelah beliau membuat pusingan-U.

Menyentuh mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai isu Forex, beliau tidak takut kepada Anwar kerana usaha menyiasat urusniaga matawang asing oleh Bank Negara adalah untuk mencari kesalahannya.

Kata Mahathir lagi, siasatan ke atasnya bukan untuk mencari keadilan tetapi usaha terdesak untuk menutup mulut pengkritiknya, dan menyifatkan ia tidak akan berjaya.

Sebaliknya, kata Mahathir, tiada RCI ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan duit berhubung isu berkaitan 1MDB.

Terdahulu, Peguam Negara Mohamed Apandi Ali juga telah membersihkan Najib dari sebarang salah laku dalam perkara berkaitan 1MDB.

(Visited 46 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.