Muhyiddin: Kalau KJ ‘anak jantan’, tentang Najib

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mahu tiga tokoh politik iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bersara dari politik kerana memecahbelahkan rakyat.

Muhyiddin berkata sepatutnya Khairy mengambil satu tindakan yang lebih berani menyuarakan tentangan terhadap pimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa membawa banyak kerosakan kepada negara, bukannya meminta tiga tokoh tersebut berhenti.

Ini kerana, kata Muhyiddin, pada zaman dahulu Pemuda Umno adalah pemuda yang tahan lasak dan sanggup tampil ke depan untuk satu kebenaran.



“Kenapa Tun Dr Mahathir sanggup tampil ke depan untuk meneruskan satu perjuangan menegakkan kebenaran, menentang pimpinan Najib ialah tidak lain kerana kita tahu masalah pimpinan negara telah banyak melakukan kerosakan telah melakukan banyak penyelewengan, rasuah, isu 1MDB dan pelbagai pastinya rakyat tahu dilakukan oleh ‘Malaysian Official 1.’

“Dan sepatutnya sebagai Ketua Pemuda Umno, mengambil satu tindakan yang lebih berani, bukan menyuarakan pandangan untuk orang-orang seperti yang disebutnya berhenti, daripada memegang misi untuk menjelaskan kepada rakyat masalah negara.

“Tapi kalau dia betul-betul jantan kata orang, dia harus menyuarakan tentangan terhadap pimpinan Najib yang pastinya orang tahu telah membawa banyak kerosakan kepada negara. Saya tahu, pada zaman dahulu Pemuda Umno adalah pemuda yang tahan lasak, sanggup tampil ke depan untuk tampil satu kebenaran,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di Facebook BERSATU.

Muhyiddin juga meminta Khairy insaf dan sedar kenyataannya sebagai Pemuda Umno sebenarnya amat jauh daripada apa yang sepatutnya dilakukannya.

Khairy pada Ahad lalu berkata, ‘ketokohan’ Dr Mahathir dan Anwar juga boleh dikaitkan dengan watak Lim yang juga antara yang bertanggungjawab dalam perpecahan kaum melibatkan orang Melayu dan Cina.

Menurut Khairy, yang juga menteri belia dan sukan, watak semua mereka perlu segera dihentikan kerana ia mengundang perpecahan dalam kalangan rakyat.

(Visited 78 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.