PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Asojan jawab kegusaran PKR, nafi ketirisan dalam peruntukan Dun Gambir

Asojan jawab kegusaran PKR, nafi ketirisan dalam peruntukan Dun Gambir

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gambir Datuk M Asojan menafikan ketirisan berlaku dalam saluran peruntukan bagi kawasan tersebut.

Menurutnya, peruntukan yang disalurkan melalui pusat khidmatnya itu adalah berbentuk projek yang diajukan kepadanya melalui ketua-ketua masyarakat.

Asojan berkata kesemua permohonan akan melalui proses tapisan bagi memastikan rakyat mendapat manfaat darinya dan bukan untuk kepentingan individu, sebelum mendapatkan kelulusan dari pejabat menteri besar Johor.

Tambahnya lagi, surat kelulusan peruntukan yang dikeluarkan kepada pemohon yang mewakili komuniti masing-masing juga disertakan dengan nombor waran peruntukan dan pelaksanaan projek tersebut dipantau oleh Pejabat Daerah Tangkak.

“Oleh yang demikian adalah jelas bahawa segala permohonan, proses penilaian, pemberian peruntukan dan pelaksanaan projek adalah telus dan dipantau pihak berwajib dengan adil supaya ia sampai kepada rakyat.




“Jadi, saya ingin menekankan tidak timbul isu bahawa berlaku ketirisan, peruntukan tidak sampai kepada rakyat atau disalahgunakan malah semua pihak dalam sesebuah komuniti tidak mengira fahaman politik mereka akan mendapat manfaatnya secara langsung atau tidak langsung,” kata Asojan, yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan MIC Johor.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh yang mempersoalkan tindajan mengagihkan peruntukan pembangunan bernilai sehingga RM250,000 kepada beberapa Ketua Cawangan UMNO di Gambir.

Syed Noh menambah yang dikhuatiri peruntukan tersebut tidak sampai kepada rakyat dan disalahguna pihak tertentu tanpa dapat diaudit sepenuhnya pihak bertanggungjawab.

Mengulas tentang itu, Asojan berkata ketua-ketua cawangan UMNO tersebut hanyalah wakil komuniti yang diwakili mereka untuk menerima projek yang diluluskan.

Asojan berkata pejabatnya juga menerima permohonan dari kalangan ahli-ahli parti politik lain yang mewakili komuniti sendiri.

“Malah penyerahan kelulusan peruntukan yang diterima juga diberi kepada ketua mereka sebagai wakil penerima dan melalui prosedur yang sama.

“Kami juga menerima permohonan daripada pihak sekolah, agensi kerajaan dan NGO yang berbentuk projek untuk manfaat semua pihak yang ada dalam organisasi berkenaan dan bukan bersifat individu,” tambahnya lagi.

(Visited 65 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66