Tiada yang mencurigakan tentang pertambahan pengundi DUN Nusajaya – Dr Zaini Abu Bakar

Tiada yang mencurigakan tentang pertambahan pengundi DUN Nusajaya

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusajaya Dr Zaini Abu Bakar mengkritik telahan parti Amanah bahawa penambahan bilangan pengundi berdaftar di DUN tersebut akibat dari unsur manipulasi sistem pilihan raya.

Menurut Zaini, pertambahan pengundi berdaftar dalam DUN Nusajaya berlaku kerana faktor geografi kawasan Iskandar Puteri tersebut yang strategik, sekaligus menafikan dakwaan Amanah bahawa wujudnya perkara yang mencurigakan dalam pertambahan tersebut.

Iskandar Puteri, yang sebelum ini dikenali sebagai Nusajaya terletak dalam Iskandar Malaysia, sebuah koridor pembanggunan yang pesat membangun, juga terletak berdekatan dengan negara Singapura yang boleh diakses dengan Link Kedua Malaysia-Singapura.

Beliau berkata pembangunan ekonomi setempat serta ditambah dengan peluang pekerjaan di Singapura menjadi antara penyebab pertambahan peratusan penduduk di kawasan tersebut, sekaligus menyumbang kepada pertambahan pengundi berdaftar.



“Iskandar Puteri (dahulunya Nusajaya) terletak dalam Iskandar Malaysia yang menawarkan peluang pekerjaan selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat. Dengan kedudukan Singapura yang berdekatan juga menyebabkan ramai yang bekerja disana berpindah kesini,” kata Zaini.

“Jadi dakwaaan Amanah ini memang tidak berasas,” beliau menambah.

Beliau turut berkata penambahan pengundi berdaftar tidak hanya berlaku di DUN Nusajaya sahaja kerana DUN Skudai, yang turut terletak dalam kawasan Parlimen Gelang Patah turut menyaksikan pertambahan pengundi berdaftar.

Kerusi Parlimen Gelang Patah dan DUN Skudai dimenangi oleh parti DAP.

Zaini bercakap demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan yang berkata pihaknya mengesan penambahan sebanyak 8,000 pemilih yang berdaftar pada tiga sukuan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) yang terakhir.

“…dan ini sekaligus mempamerkan wujudnya perkara yang mencurigakan dalam unsur memanipulasi sistem demokrasi di Malaysia,” kata Aminolhuda yang juga merupakan Adun Parit Yaani.

April lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menghentikan pengedaran RDPT Suku Tahun kepada parti politik, yang dipertikaikan oleh pihak pembangkang dan NGO-NGO.

Zaini, yang merupakan Adun penggal pertama dari UMNO berjaya memenangi kerusi Nusajaya dengan menewaskan calon PAS Salahuddin Ayub dalam PRU13 lalu dengan majoriti 2,201 undi.

(Visited 125 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66