Sah, ADUN BN hilang kelayakan

ADUN Nenggiri dari BN, Datuk Mat Yusoff Ab Ghani disahkan hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Perkara itu diputuskan Speaker Dewan, Datuk Abdullah Ya’kub selepas usul kemukakan oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan di sidang DUN Kelantan hari ini.

Pengundian yang dibuat memperoleh keputusan bersetuju 32 orang dan 9 lagi berkecuali.

Speaker juga mengumumkan kerusi Dun Nenggiri tersebut kosong bermula tarikh pengumuman tersebut hari ini.

Pada 28 Mei lalu, kerajaan menerima surat daripada Jabatan Insolvensi Negara mengenai kebankrapan Mat Yusoff.

(Visited 66 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66