Polis cadang inkues dijalankan isu kematian Thaqif

Polis sedang mengemaskini kertas siasatan dan akan memohon untuk menukar klasifikasi kes daripada menyebabkan kematian kepada menyebabkan kecederaan berhubung pengesahan kematian pelajar tahfiz yang berpunca daripada penyakit kencing tikus atau leprospirosis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata permohonan akan dibuat kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh minggu ini iaitu menukar klasifikasi kes baharu untuk dibicarakan semula dimana sebelum ini ia disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 26 April lalu, Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia pada selepas dimasukkan ke hospital kerana dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat dipukul pembantu warden madrasah tahfiz.

Susulan kejadian, pembantu warden berkenaan ditahan untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

(Visited 45 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.