Pegawai Liew Chin Tong bohong anak MB sokong PPBM

Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru hari ini menafikan dakwaan dibuat seorang pembantu Ahli Parlimen DAP bahawa Akmal Saufi Mohamed Khaled, anak kepada menteri besar Johor telah menyertai dan menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat Sheikh Omar Ali yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor dan pegawai khas Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong, Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru Syaiful Rizal Abd Ghani berkata Akmal Saufi kekal setia kepada UMNO.



“Selaku Ketua Pemuda, saya telah menyerahkan tugasan kepada saudara Akmal untuk segera membuat majlis penerangan tentang isu-isu semasa kepada sayap Pemuda, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Belia dan sukarelawan.

“Kesetiaan dan dedikasi beliau terhadap parti tidak boleh dipertikaikan sesiapa,” kata Syaiful Rizal.

Omar membuat dakwaan demikian semalam dalam satu kenyataan dengan menyatakan bahawa generasi baru UMNO telah beralih arah dan cenderung kepada PPBM termasuk “anak Khaled Nordin sendiri dan anak kepada speaker Dewan Negeri Johor (Tan Sri Mohamad Aziz)”.

Syaiful Rizal turut menekankan bahawa UMNO Johor dibawah kepimpinan Menteri Besar dan Ketua Perhubungan UMNO negeri Datuk Mohamed Khaled Nordin sentiasa bekerja keras memastikan negeri tersebut kekal menjadi ‘fixed deposit’ kepada Barisan Nasional (BN)

Menurutnya, ini adalah sokongan yang lebih bernilai dan paling bermakna kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



“Sebarang perbezaan pendapat serta pendekatan oleh UMNO Johor tidak boleh diterjemahkan sebagai penentangan kepada kepimpinan tertinggi. Ianya adalah bukti bahawa UMNO mengamalkan politik matang dan amat demokratik.”

Sementara itu, Syaiful Rizal turut menyatakan DAP boleh melupakan hasrat mahu menawan negeri Johor dan menjadikan negeri tersebut sebagai “Pulau Pinang kedua” mereka.

“Johor tidak sesuai ditadbir oleh DAP atau proksinya (PKR, PAN dan PPBM) kerana DAP diketahui ramai bukan sahaja anti Islam dan anti Melayu, malah dikhuatiri turut anti kepada Institusi Diraja.

Ini merupakan tiga perkara yang akan dipertahankan serta diperkasakan oleh UMNO sampai bila-bila.”

Pakatan Harapan dilihat sedang mensasarkan negeri Johor sebagai negeri utama yang mahu ditawan mereka dalam pilihan raya akan datang dimana dikatakan ramai kepimpinan kanan pakatan tersebut akan bertanding di negeri Johor.

Johor menawarkan 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi dewan undangan negeri.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my






(Visited 109 times, 1 visits today)
Please follow and like us:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.