PADAH BERHENTI DI TEPI JALAN – PEMANDU LORI MAUT DIHENTAM LORI SENDIRI [11 JULAI 2017]

Seorang pemandu lori yang membawa muatan khinzir maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan tempurung kelapa di kilometer 144 Jalan Johor Bahru- Seremban, Chaah, Segamat, Johor, petang semalam. Mangsa, Tan Lek San 61 tahun maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Segamat, Superitenden Raub Selamat berkata kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 petang itu berpunca daripada kecuaian mangsa yang berhenti di tepi jalan untuk membuang air kecil. Lori yang membawa muatan tempurung kelapa dari arah belakang kemudiannya melanggar lori terbabit lalu ia menggelongsor melanggar mangsa dan meninggal dunia di tempat kejadian. Bagaimanapun pemandu lori membawa muatan tempurung kelapa terselamat dan dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut.

Kes diklasifikasikan mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

(Visited 92 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com