“Dia nak pergi mana?”

Polis akan mengambil tindakan tegas ke atas lapan anggotanya yang dipercayai terlibat bersubahat dalam insiden tahanan kes 39B Akta Dadah Berbahaya lolos ketika van yang dinaiki dikatakan rosak di Jalan Paya Terubong di George Town, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya akan mengkaji kelemahan dari segi prosedur operasi standard (SOP), termasuk mengambil tindakan ke atas pegawai yang bertanggungjawab menyelia tugas itu.

Ini kerana, kata Noor Rashid, perkara itu diharap akan menjadi pengajaran kepada pegawai dan anggotanya yang lain.

Mengulas mengenai tahanan yang lolos, Noor Rashid mengesahkan suspek masih berada di Malaysia.

Awal pagi Ahad lalu, seorang tahanan dilaporkan lolos dengan tangan bergari ketika didakwa dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan bersama dua tahanan lain.

Bagaimanapun, tahanan lelaki Melayu berusia 47 itu didakwa kononnya melompat keluar dari van polis dan terus melarikan diri ketika van berkenaan berhenti di tepi jalan kerana masalah brek.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata kesemua anggota polis berusia 27 hingga 59 tahun yang ditahan itu bertugas di lokap pusat Bayan Baru, manakala nelayan berusia 56 tahun itu dipercayai rakan tahanan yang akan membantu membawanya keluar dari negara ini melalui jalan laut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai melepaskan tahanan yang sah dan Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

(Visited 36 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66