PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

DAP belum terima surat ROS

Sehingga 5 petang semalam, DAP masih belum menerima surat rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai arahan untuk mengadakan semula pemilihan jawatankuasa eksekutif pusatnya atau CEC.

Sedangkan, kata Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook, ROS telah mengeluarkan kenyataan medianya berkaitan perkara itu sejak Jumaat lepas.

Beliau juga berkata, sepanjang empat tahun sejak pemilihan semula CEC pada 29 September 2013, ROS tidak pernah sama sekali memberi notis bertulis kepada DAP berkenaan syarat atau arahan yang dilanggar.

“Sehingga hari ini, kami tidak tahu apakah ‘kesalahan’ yang telah kami lakukan,” katanya.

Beliau juga anggota parlimen Seremban berkata pemilihan semula CEC pada 2013 berpandukan sepenuhnya kepada peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan DAP.

“Fakta ini tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk ROS sendiri!” katanya.

Pada 7 Julai lalu, ROS mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan CEC baru, dengan mendakwa pemilihan semula 2013 sebagai tidak sah.

DAP pada 2013 secara sukarela mengadakan pemilihan semula selepas senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi dikatakan mempengaruhi pemilihan bertarikh 15 Disember 2012.

Hasil pemilihan semula kemudiannya disampaikan kepada ROS pada 8 November 2013, selaras dengan peruntukan perlembagaan parti itu dan Akta Pertubuhan 1966.

Bagaimanapun, ROS tidak mengiktirafnya dan DAP membawa kemelut mereka ke mahkamah. Tuntutan itu bagaimanapun digugurkan.

(Visited 49 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66