PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Tun M ‘petik’ Anwar, hadirin tepuk tangan

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan liar mengenai hubungan baiknya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk mengelakkan dirinya daripada ditangkap.

Ini susulan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian AS$10 bilion Bank Negara Malaysia (BNM).

“Saya bukan kerjasama dengan Anwar kerana masalah peribadi saya, saya kerjasama dengan Anwar kerana kita punyai tujuan yang sama,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Mahathir berkata demikian semasa majlis Rumah Terbuka Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Melaka malam semalam.

Jumaat lalu, Najib berkata Mahathir kini panik bahawa RCI forex akan membawa kepada pendakwaan jenayah.

Justeru, dakwanya, Mahathir tidak boleh membiarkan individu penting kepada kes berkenaan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipenjarakannya memberi keterangan menentang beliau.

Najib mendakwa Mahathir kini menyokong Anwar sebagai perdana menteri selepas berusaha dengan pelbagai cara untuk menamatkan kerjaya politik bekas timbalan perdana menteri itu selama 20 tahun.

(Visited 43 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66